Mohon maaf jika penulisan ini sedikit berlainan dan juga penggunaan bahasa yang lain......
Hidup kita sentiasa di kritik samada untuk kebaikan atau tidak. Kenapa kita seakan begitu degil untuk menerimanya....kekadang apa yang kita fikirkan terbaik bagi kita adalah buruk bagi seseoarang walaupun usaha untuk menghasilkannya tidak pernah ada rasa penat. Adakah kita akan dilabelkan Cacat kerana itu?
Cacat itu bermaksud kurang Sempurna?.... Sempurna? Dari setiap manusia adalah berlainan tafsirannya, ia mungkin berlari dengan langkah yang tegar and teguh, memanjat dengan gagah dan menulis dengan kata kata manis dan puitis. Setiap manusia dambakan kesempurnaan sebegitu . Ia bagaikan sesuatu mimpi bagi seseorang dan mungkin juga realiti kehidupan seseorang itu pada saat ini , syukur pada Tuhan.
Terlalu banyak yang perlu dikejar...semakin hari semakin banyak menghampiri kepada kegagalan...rasa penat menusuk hati apabila setiap usaha bagaikan tiada berguna lagi. Perasaan putus asa tidak ada dalam kamus tetapi kekecewaan itu tetap ada.Setiap yang kalah pasti ada yang menang, jika tidak menang dalam apa yang dikehendaki mungkin jua pada apa yang tidak diharapkan. Setiap pintu itu terbuka pada pintu yang tertutup.
Penulisan adalah sekadar nukilan sahaja......sekadar mengisi mindaku yang dikategorikan cacat.