Friday, September 11, 2009

Ramadan Pengertiannya Bagi Ku


What a topic kan, mm well this what i had gone through from last year Ramadan...

itu ler , sebelum ini ramadan yang aku lalui hanyalah sebagai seorang umat islam yang hanya menahan lapar dan dahaga diwaktu siang sahaja...ia tidak lebih kepada mematuhi undang-undang jalan raya tatkala kita lalai kita rasa polis tiada , tidak perlu kita mematuhinya....

hidup yang aku sangka betul itu sebenarnya telah melampirkan duka demi duka dalam hidup aku, ialah yang aku sangka berjaya bagi hidup aku di ukur pada keupayaan keewangan kita semata mata sahaja...5 waktu aku dibiarkan melepasi waktu begitu sahaja...kepincangan hidup bukan sahaja di rumah bahkan peribadi ku jua...

setelah aku bertukar kerja kekecewaan dalam hidupku bertambah...aku bertekad untuk berubah dan akhirnya aku berjaya secara fizikalnya...aku telah mengubah rupa ku,,tapi rupanya aku masih rapuh didalam...terlalu rapuh sehingga aku nyaris tersungkur ke alam maut...maut ia maut..yang bakal merangkul jiwa aku yang genting itu

tatkala itu aku lalui ramadan...kali ini penuh dengan kehadiran jiwa baru,,,malam demi malam aku sujud 8 kali kepada Allah, aku terasa adakah sujud aku ini di terima atau tidak tetapi perasaan yang aku rasa di dalam ialah ketenangan dan penyesalan terhadap perbuatan silam ku...aku bersyukur kerana ada teman teman yang sanggup mendegar mahupun menolong aku menempuhi halangan minda yang sedang ku alami ketika itu dan ramada membuka aku kepada pintu pintu baru yang mana aku sendiri tidak sedar akan adanya ia...

aku berharap ramadan kali ini dapat mempertingkat semangat untuk berjaya...aku tahu aku hanyalah insan yang lemah...aku akan gagahi nya jua....

No comments:

Post a Comment

Scribble what u like here...